Dalam status terbaru Alyah petang ini, penyanyi itu mengirimkan ayat berbaur pertanyaan tentang perngorbanan beliau selama ini yang seakan tidak cukup terhadap seorang individu.
Jika bercakap tentang soal cinta, pastinya semua tahu yang Alyah merupakan isteri kepada Datuk Ramli MS sejak lebih setahun yang lalu. Adakah status penuh tanda tanya ini ditujukan buat suaminya itu dan hubungan mereka kini dalam masalah?
“Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagi pengorbanan yang saya lakukan?” memetik sebahagian tulisan Alyah.
Kalau benar ada masalah dalam rumahtangga, ada baiknya jika diselesaikan sesama suami isteri tanpa membawa perkara ini ke laman sosial dan seterusnya menjadi spekulasi. Kami doakan yang baik baik sahaja buat Alyah & Datuk Ramli MS. -rotikaya
ini pula dipetik dari berita harian
Muat naik gambar Datuk Ramli MS dengan seorang wanita di laman Instagram sebentar tadi menimbulkan kemusykilan apa sebenarnya yang cuba dikatakan Alyah.
Namun keterangan gambar berkenaan seakan menunjukkan hatinya sedang kecewa dan menimbulkan persoalan apakah suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita berbaju kurung biru itu.
Cubaan menghubungi Alyah tidak berjawab.


0 Response to "PANAS!!! Gambar Suami Alyah Dengan Wanita Lain? Alyah Luah Perasaan Dalam Instagram (2 GAMBAR)"
Post a Comment